Friday, October 15, 2010

Perancangan Bahasa - KORPUS

Perancangan bahasa merujuk kepada usaha-usaha yang disengajakan untuk mempengaruhi tingkah laku orang-orang lain dari segi pemerolehan, struktur, atau peruntukan fungsi bahasa. Biasanya, ia akan membabitkan perkembangan matlamat, objektif, dan strategi untuk mengubah cara bagaimana bahasa digunakan. Pada peringkat kerajaan, perancangan bahasa mengambil bentuk dasar bahasa. Banyak negara mempunyai badan kawal atur bahasa yang ditugasi secara khusus untuk merumuskan dan melaksanakan dasar-dasar perancangan bahasa.

Istilah 'perancangan bahasa' sering dikaitkan dengan konteks dunia ketiga, dan dilihat sebagai suatu alat untuk mengasaskan bahasa kebangsaan piawai sebagai sebahagian prosespemodenan dan pembangunan negara. Sebenarnya, perancangan bahasa bukannya fenomena yang baru atau terbatas kepada dunia ketiga.

§ Perancangan korpus merujuk kepada campur tangan dalam bentuk-bentuk sebuah bahasa. Ini mungkin boleh dicapai melalui mencipta kata-kata atau ungkapan-ungkapan yang baru, mengubah suai yang lama, atau memilih antara bentuk-bentuk alternatif. Perancangan korpus bertujuan untuk mengembangkan sumber-sumber sebuah bahasa supaya ia akan menjadi satu perantara komunikasi yang sesuai untuk topik-topik moden dan bentuk-bentuk huraian yang dilengkapi dengan istilah yang diperlukan untuk kegunaan pentadbiran, pendidikan, dan sebagainya. Perancangan korpus sering dikaitkan dengan pemiawaian sesebuah bahasa, dan membabitkan penyediaan ortografi normatif, tatabahasa, dan kamusuntuk panduan penulis dan penutur di dalam sebuah komuniti pertuturan. Usaha-usaha ketulenan bahasa dan penyisihan kata-kata asing (sila lihat perlindungan linguistik) juga termasuk dalam bidang perancangan korpus, serta juga reformasi ejaan dan pengenalan sistem-sistem tulisan baru (umpamanya, bahasa Turki). Bagi sebuah bahasa yang dahulunya tidak tertulis, langkah pertama dalam perancangan korpus ialah pengembangan sebuah sistem tulisan.



No comments:

Post a Comment