Friday, October 15, 2010

Ragam Ayat - Ayat Aktif dan Ayat Pasif


RAGAM AYAT

· Ayat dalam bahasa melayuboleh terdiridaripada ayat aktif dan ayatpasif.

· Pembahagian ayat sedemikian adalah dengan melihat kedudukan unsur-unsur yangberkaitan dengan konstituen subjek dan predikat

AYAT AKTIF

Definisi

· Ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang digunakan

· Contoh ayat aktif ialah :

AYAT

SUBJEK

KATA KERJA

Saya menyaksikan kemalangan itu berlaku

Saya

Menyaksikan

Dia mengelamun sepanjang hari

Dia

mengelamun

· Ayat aktif dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:

a) Ayat Aktif Transitif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul dan ayat inimengandungi kata kerja transitif yangdiikutiolehfrasa nama sebagai objek,contohnya:

AYAT AKTIF TRANSITIF

SUBJEK

PREDIKAT

KATA KERJA TRANSITF

OBJEK

Pekerja itu

Mencuci

Bangunan

Air hujan

Membasahi

Bajunya

Taufan

Memusnahkan

Harta benda

Anak ayam

Mencari

ibunya

· Ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif boleh mengandungi 2 objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi, contohnya :

AYAT AKTIF TRANSITIF

SUBJEK

PREDIKAT

KATA KERJA TRANSITIF

OBJEK TEPAT

OBJEK SIPI

Guru

Menghadiahi

Muridnya

Jam tangan

Ibu

Menjahitkan

Adiknya

Baju kurung

Abang

Membelikan

Ibu

Beg tangan

· Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut langsung kepada kata kerja transitif.

· Objek sipi ialah yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja

AYAT PASIF

Pada umumnya, ayat-ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada:

  • Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
  • Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua
  • Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

Antara imbuhan kata kerja pasif ialah di-, ter-, ber-, dan ke-...-an. Contoh-contoh ayat ialah:

  • Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam. (Ayat aktif – Ali sudah mengambil barang itu semalam.)
  • Istana Raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun.
  • Mereka kehujanan sepanjang hari.
  • Surat itu belum berjawab.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua

Kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Kata ganti nama diri boleh berbentuk penuh atau tidak. Contohnya:

  • Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.
  • Makanan itu belum kurasai lagi.
  • Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.
  • Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.
  • Tugas ini mesti kami pikul dengan sepenuh tenaga.

Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena

Mengandungi kata kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan. Contohnya:

  • Pencuri itu kena tangkap (oleh polis)
  • Dia kena tipu (oleh pemuda itu)
  • Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas)

Bahan Rujukan

  1. staff.iiu.edu.my/mascitah/ayatpasif.doc
  2. http://www.scribd.com/doc/34819621/Ragam-Ayat





No comments:

Post a Comment