Friday, October 22, 2010

Taksonomi dan Domain









Pengertian dan konsep pentaksiran, pengujian, penilaian

ISL: MINGGU 1
Tarikh : 23-27/08/2010


KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari dalam membuat keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan tersebut sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini penilaian yang dijalankan melibatkan penentuan objektif, mendapat maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dijalankan secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperolehi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil benar-benar bersesuaian.

Sebenarnya aktiviti penilaian dalam bidang sain perlakuan, sains kemasyarakatan bermula dengan percubaan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet dengan mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement), penilaian (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran, individu didedahkan kepada pemboleh ubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R.

Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil. Pertama, berkaitan dengan sebab ataupun tujuan penilaian dijalankan. Misalnya ingin taraf bacaan murid di sekolah rendah dengan berpendapat taraf bacaan itu sudah tidak memuaskan dan satu tindakan yang baru perlu diambil. Kedua, berkait dengan pemilihan model, alat-alat prosedur menjalankan dan cara penganalisisan. Seseorang penilai akan memilih model yang dirasai dapat memberikan maklumat yang lengkap kepadanya.

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian akan membolehkan anggaran dapat dibuat sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Misalnya dalam pendidikan, masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) kepada murid sekolah rendah.

Dalam membuat penilaian anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Apakah maksud pengujian?

Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ¡®ekstrovert¡¯ atau ¡®introvert¡¯ bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markat akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.

Apakah yang dimaksudkan pengukuran?

Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.

Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.

Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.

Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu dua kali angka 45. Manakala seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris.

Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.

Apakah yang dimaksudkan penilaian?

Penilaian ada suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara. Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai ¡°the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives¡±. Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.

Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

Dengan itu menunjukkan bahawa penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor. Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.

Secara ringkasnya, prosedur penilaian penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam rajah di bawah:

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Friday, October 15, 2010

Ragam Ayat - Ayat Aktif dan Ayat Pasif


RAGAM AYAT

· Ayat dalam bahasa melayuboleh terdiridaripada ayat aktif dan ayatpasif.

· Pembahagian ayat sedemikian adalah dengan melihat kedudukan unsur-unsur yangberkaitan dengan konstituen subjek dan predikat

AYAT AKTIF

Definisi

· Ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang digunakan

· Contoh ayat aktif ialah :

AYAT

SUBJEK

KATA KERJA

Saya menyaksikan kemalangan itu berlaku

Saya

Menyaksikan

Dia mengelamun sepanjang hari

Dia

mengelamun

· Ayat aktif dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:

a) Ayat Aktif Transitif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul dan ayat inimengandungi kata kerja transitif yangdiikutiolehfrasa nama sebagai objek,contohnya:

AYAT AKTIF TRANSITIF

SUBJEK

PREDIKAT

KATA KERJA TRANSITF

OBJEK

Pekerja itu

Mencuci

Bangunan

Air hujan

Membasahi

Bajunya

Taufan

Memusnahkan

Harta benda

Anak ayam

Mencari

ibunya

· Ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif boleh mengandungi 2 objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi, contohnya :

AYAT AKTIF TRANSITIF

SUBJEK

PREDIKAT

KATA KERJA TRANSITIF

OBJEK TEPAT

OBJEK SIPI

Guru

Menghadiahi

Muridnya

Jam tangan

Ibu

Menjahitkan

Adiknya

Baju kurung

Abang

Membelikan

Ibu

Beg tangan

· Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut langsung kepada kata kerja transitif.

· Objek sipi ialah yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja

AYAT PASIF

Pada umumnya, ayat-ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada:

  • Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
  • Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua
  • Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

Antara imbuhan kata kerja pasif ialah di-, ter-, ber-, dan ke-...-an. Contoh-contoh ayat ialah:

  • Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam. (Ayat aktif – Ali sudah mengambil barang itu semalam.)
  • Istana Raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun.
  • Mereka kehujanan sepanjang hari.
  • Surat itu belum berjawab.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua

Kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Kata ganti nama diri boleh berbentuk penuh atau tidak. Contohnya:

  • Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.
  • Makanan itu belum kurasai lagi.
  • Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.
  • Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.
  • Tugas ini mesti kami pikul dengan sepenuh tenaga.

Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena

Mengandungi kata kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan. Contohnya:

  • Pencuri itu kena tangkap (oleh polis)
  • Dia kena tipu (oleh pemuda itu)
  • Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas)

Bahan Rujukan

  1. staff.iiu.edu.my/mascitah/ayatpasif.doc
  2. http://www.scribd.com/doc/34819621/Ragam-Ayat





Perancangan Bahasa - KORPUS

Perancangan bahasa merujuk kepada usaha-usaha yang disengajakan untuk mempengaruhi tingkah laku orang-orang lain dari segi pemerolehan, struktur, atau peruntukan fungsi bahasa. Biasanya, ia akan membabitkan perkembangan matlamat, objektif, dan strategi untuk mengubah cara bagaimana bahasa digunakan. Pada peringkat kerajaan, perancangan bahasa mengambil bentuk dasar bahasa. Banyak negara mempunyai badan kawal atur bahasa yang ditugasi secara khusus untuk merumuskan dan melaksanakan dasar-dasar perancangan bahasa.

Istilah 'perancangan bahasa' sering dikaitkan dengan konteks dunia ketiga, dan dilihat sebagai suatu alat untuk mengasaskan bahasa kebangsaan piawai sebagai sebahagian prosespemodenan dan pembangunan negara. Sebenarnya, perancangan bahasa bukannya fenomena yang baru atau terbatas kepada dunia ketiga.

§ Perancangan korpus merujuk kepada campur tangan dalam bentuk-bentuk sebuah bahasa. Ini mungkin boleh dicapai melalui mencipta kata-kata atau ungkapan-ungkapan yang baru, mengubah suai yang lama, atau memilih antara bentuk-bentuk alternatif. Perancangan korpus bertujuan untuk mengembangkan sumber-sumber sebuah bahasa supaya ia akan menjadi satu perantara komunikasi yang sesuai untuk topik-topik moden dan bentuk-bentuk huraian yang dilengkapi dengan istilah yang diperlukan untuk kegunaan pentadbiran, pendidikan, dan sebagainya. Perancangan korpus sering dikaitkan dengan pemiawaian sesebuah bahasa, dan membabitkan penyediaan ortografi normatif, tatabahasa, dan kamusuntuk panduan penulis dan penutur di dalam sebuah komuniti pertuturan. Usaha-usaha ketulenan bahasa dan penyisihan kata-kata asing (sila lihat perlindungan linguistik) juga termasuk dalam bidang perancangan korpus, serta juga reformasi ejaan dan pengenalan sistem-sistem tulisan baru (umpamanya, bahasa Turki). Bagi sebuah bahasa yang dahulunya tidak tertulis, langkah pertama dalam perancangan korpus ialah pengembangan sebuah sistem tulisan.



Aktiviti-aktiviti ujian mendengar

1. Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan
  • Guru menayangkan beberapa keping gambar dan menyebut perkataan kepada murid
  • murid dipilih untuk memadankannya dengan perkataan yang telah diberikan
2. Memahami maksud ayat
  • Guru membancakan sebuah petikan kepada murid dan apabila ditanya berkaitan dengan petikan tersebut mereka dapat menghuraikannya dengan menggunakan ayat sendiri.
3. Melaksanakan arahan
  • Guru memberi arahan kepada murid untuk melakukan beberapa aksi yang menarik.
4. Mendengar dan mendapatkan maklumat
  • murid-murid mendengar perbualan temu bual daripada pita rakaman yang telah disediakan
  • murid-murid dikehendaki menulis semula perkara yang telah mereka dengari
5. Mendengar dan mengenalpasti urutan cerita dan peristiwa
  • Guru memberikan lembaran kerja mengarahkan murid menyusun ayat-ayat menjadi sebuah cerita setelah guru bercerita dihadapan murid-murid
6. Mendengar untuk mendapatkan fakta
  • Murid-murid menulis beberapa fakta selepas mendengar dokumentari di kaca televisien.
7. Mendengar dan mengecam bunyi
  • murid-murid meneka bunyi-bunyi haiwan melalui rakaman yang telah dipasang.
8. Mendengar dan memadan
  • Guru melekatkan beberapa keping gambar di hadapan kelas dan beberapa orang murid akan dipilih untuk memadankan kad perkataan dengan gambar yang telah dilekatkan di hadapan.
9. Mendengar dan menulis
  • Guru menyuruh murid-murid menulis beberapa ayat yang diperkatakan oleh guru.
10. Mendengar dan mencari jalan
  • Guru memberi memberi arahan untuk mencari bahan pengajaran di luar kelas
  • Murid secara berkumpulan mencari bahan yang dikehendaki oleh guru tersebut
11. Bersoal jawab
  • Membuat sesi perbincangan dalam kumpulan berkaiatan dengan tugasan yang diberikan oleh guru.

Thursday, October 14, 2010

Kaedah Penilaian Bahasa

ISL MINGGU 7
Tarikh : 4/10/2010 - 8/10/2010

Tugasan : Membuat Bacaan Lanjut tentang kaedah penilaian bahasa
  • Penilaian melalui kontrak pembelajaran
  • Penilaian melalui soaljawab

PENILAIAN MELAUI KONTRAK PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

KONSEP

Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.

Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-

  • Bentuk akhir tugasan dihasilkan
  • Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
  • Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
  • Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
  • Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak

Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan

· Pelajar mengenal pasti dan merekod

- objektif dan matlamat pembelajaran kendiri

- kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat

- jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya

- bukti menunjukkan objektif tercapai

- bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai

· Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri

· Menghasilkan kerja yang terancang

· Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan

· Pelajar mengenal pasti dan merekod

- objektif dan matlamat pembelajaran kendiri

- kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat

- jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya

- bukti menunjukkan objektif tercapai

- bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai

· Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri

· Menghasilkan kerja yang terancang

· Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?

Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-

1. Penilaian objektif tugasan

· Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya

· Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai

· Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru

2. Hasil Pembelajaran

· Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)

· Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru

3. Penilaian

· Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan

· Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan

· Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan

· Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya

http://mahirkmm.tripod.com/taksir4.htm#4-kenal



PENILAIAN MELALUI SOALJAWAB
  • Ia membawa maksud seorang guru akan dapat menilai murid2nya melalui soal jawab yang dilaksanakan di dalam kelas.
  • Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar.
  • Melalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik / tajuk pelajaran.
  • Kemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.