Wednesday, October 13, 2010

Jenis Penilaian Bahasa

ISL MINGGU 1
Tarikh : 27/9/2010 - 01/10/2010

Tugasan: Membuat nota ringkas tentang Ujian Formatif, Ujian Sumatif, Ujian Kefasihan, Ujian Kemajuan, Ujian Bakat dan Ujian Pencapaian.

Ujian Formatif

  • dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
  • Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran.
  • Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar.
  • Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan.
  • Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.

Ciri-ciri:

  • dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.
  • dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.
  • bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.
  • dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung
  • maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya
  • Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.
Prosedur Penilaian Formatif
  1. Menentukan topik pembelajaran.
  2. Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.
  3. Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.
  4. Membentuk soalan ujian.
  5. Mencadangkan langkah susulan.
Tujuan Penilaian Formatif:
  • memperbaiki pengajaran pembelajaran.
  • meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.
  • memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.
  • menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.
  • memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
  • guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan.
  • mengubah suai pengajaran seseorang guru.
  • guru dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian.
  • memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.
  • menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.


Ujian Sumatif
  • dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program.
  • bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu
  • Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan
  • Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Ciri- ciri:

  • lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran
  • untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

Langkah-langkah membentuk ujian sumatif:

  • Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
  • Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
  • Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.
  • Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.
  • Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.
  • Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.
  • Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

Tujuan:

  • membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.
  • memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.
  • mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.
  • dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
  • memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.

Ujian kefasihan
  • Bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
  • Ujian ini tidak berdasarkan sesuatu kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari.
  • Ujian ini penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang.

Ujian kemajuan.

  • Ujian jenis ini adalah ujian ringkas yang dibina oleh guru-guru kelas untuk penggunaan kelasnya sahaja.
  • Ia hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
  • Ujian ini harus berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin diuji.
  • Ia membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan seseorang murid dan kemajuan darjahnya secara keseluruhan.
Ujian bakat
  • Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang murid dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
  • Ia selalu melibatkan data-data bahasa yang artifical iaitu mengandungi unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaankata dan sebagainya.
Ujian pencapaian
  • Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan/isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka
  • Soalan yang diajukan dalam ujian jenis ini mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
  • Ia juga bertujuan untuk menentukan penempatan jenis sekolah, jurusan atau kumpulan-kumpulan tertentu murid.
  • Dalam pengajaran bahasa, ujian ini diberikan untuk mengasingkan calon-calon mengikut kebolehan mereka dan ini adalah semata-mata untuk tujuan strategi dan perancangan pengajaran guru.
Bahan Rujukan :

No comments:

Post a Comment